1. Aranda’s Tortilla Company (ATC)—www.arandastortillacompany.com. Aranda’s Tortilla Company diasaskan pada 1982 dengan matlamat menyediakan produk tortila yang dihasilkan segar. Pada hari ini, ATC mengilang tortila gandum, tostada dan kerepek tortila bermutu tertinggi di Stockton, California. Semua produk kami menggunakan jagung bukan GMO dan menjalani ujian USDA. ATC telah menghasilkan jenama terkenal dan popular di peringkat antarabangsa, iaitu kerepek tortila “Arandas” selama lebih daripada 30 tahun. Jenama paling popularnya ialah Sunrise, yang terdiri daripada Chili Chips, Original dan Strips (13 auns) dan juga campuran bijirin 10 auns (quinoa, thia dan biji rami). Kerepek nacho 16 auns lama kami kekal sebagai produk kegemaran di restoran yang menambat selera pengunjung dengan cita rasa lazat dan garing pada harga yang berpatutan.
2. FUNacho (FN)—www.funacho.com. FUNacho diasaskan pada 1988 dan menawarkan rangkaian lengkap snek dan produk dan peralatan mesin jualan snek yang lengkap serta produk dan peralatan mesin layan diri menerusi semua saluran pasaran perkhidmatan makanan di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Pelanggan kami termasuk gedung serbaneka dan panggung wayang dan juga penganjur acara sukan dan hiburan. Sama ada anda pemilik rantaian kebangsaan yang besar atau pembeli bebas kecil, rangkaian pengedaran kami menyokong setiap pelanggan kami tanpa mengira saiz atau jumlahnya. Sebagai perniagaan milik keluarga yang sudah berkecimpung dalam industri ini selama tiga dekad, kami menghargai setiap hubungan yang dijalin. Kami telah berganding bahu dengan kebanyakan pelanggan kami yang sedia ada untuk membangunkan produk baharu atau mengubah produk yang sedia ada. Pendekatan kami untuk mempelbagaikan rangkaian produk adalah hasil maklum balas pelanggan. Kami berusaha untuk memenuhi permintaan yang semakin berubah dalam pasaran perkhidmatan makanan. Sebagai sebuah syarikat milik persendirian, kami menawarkan fleksibiliti, perkhidmatan dan tindak balas responsif yang tidak dapat disediakan oleh syarikat Fortune 500 dan ekuiti persendirian. Cubalah produk jenama FUNacho dan lonjakkan keuntungan anda.
3. Indulge International LLC (IIL)—www.unclejax.com. Indulge International diasaskan pada 2013 di Chicago untuk mencipta “Bertih Jagung Gourmet Ala Chicago”?) pada harga termampu untuk semua penggemar bertih jagung. Selepas melakukan kajian menyeluruh dan tinjauan pemasaran, IIL membuat keputusan untuk membuka kilang di Vietnam untuk membekalkan bertih jagung bermutu tinggi kepada pasaran FMCG. IIL telah ditubuhkan di bawah jenama “Uncle Jax” untuk menawarkan cita rasa lazat dan bermutu tinggi yang setanding Garrett Popcorn, tetapi dengan pelbagai perisa dalam pembungkusan yang disediakan untuk pasaran runcit pada harga yang mampu dibeli oleh orang ramai. IIL hanya menggunakan biji jagung semula jadi sepenuhnya, bukan GMO dan diimport terus daripada penanam AS. Semua kemudahannya mempunyai pensjilan ISO 22000:2005 dan pensijilan Halal. Walaupun bertih jagung IIL dikilang di Vietnam, operasinya mematuhi piawaian dan keperluan pengeluaran ketat yang ditetapkan oleh pasaran AS bagi bertih jagung berkualiti gourmet.
4. Maisie Jane’s California Sunshine Products, Inc. (MJ)—www.maisiejanes.com. Maisie Jane’s California Sunshine diasaskan pada 1993 dengan misi untuk menawarkan produk badam segar dari ladang yang bermutu tinggi, terus daripada ladang milik keluarga kepada penduduk di seluruh dunia. Matlamat ini didukung dan dipegang teguh menjangkau lebih daripada 25 tahun. Maisie Jane’s ialah sebuah syarikat yang disepadukan secara menegak, bermakna kamilah penanam badam di California dan mengendalikan kacang tersebut sehingga ke pasaran untuk sampai ke tangan pengguna. Dengan cara ini, kami boleh menjamin bahawa anda akan mendapatkan produk paling segar yang bermutu tinggi! Kami disahkan organik, mempunyai pensijilan sah Bukan GMO, disahkan Kosher dan semua produk kacang kami dibakar di dalam ketuhar! Kami mempunyai mentega kacang ‘satu ramuan’ yang mempunyai perisa manis semula jadi, TANPA gula tambahan atau minyak sawit. Produk coklat kami menjanjikan mutu yang terbaik, dan semua kacang berperisa kami dipanggang di dalam ketuhar untuk mencapai kesempurnaan tanpa minyak tambahan dan disalut dengan rempah dan perasa segar. Tiada pengawet digunakan. Snek sihat dengan kualiti tertinggi ialah janji kami kepada anda apabila menikmati produk Maisie Jane’s California Sunshine!
5. Wai Lana Snacks (WLS)—www.wailanasnacks.com. Wai Lana Snacks menghasilkan rangkaian snek tanpa gluten, bukan GMO semula jadi sepenuhnya. Kerepek Wai Lana diperbuat daripada ubi kayu yang kaya nutrien dengan 30% kandungan kurang lemak daripada kerepek kentang biasa. Rangkaian snek Ubi Keledek Eksotik Wai Lana menawarkan pengalaman menikmati snek yang tersendiri. Anda akan mendapati kerepek gourmet yang garing dan rangup ini sedikit manis, sedikit masin dan jauh lebih memuaskan. Kerepek Beras dan Kerepek Pilin Keju Vegan keluaran Wai Lana ialah rangkaian snek tanpa tenusu yang menambat hati dan selera untuk dinikmati pada bila-bila masa. Kerepek Sayur Garam Laut baharu Wai Lana begitu enak dan rangup, membolehkan keluarga anda menikmati kudapan mengikut hati. Seiring pertambahan permintaan bagi makanan tanpa gluten, Snek Wai Lana amat sesuai bagi semua saluran jualan.
6 Woeber Mustard and Manufacturing Company (WMM)—www.woebermustard.com. Woeber Mustard and Manufacturing Pada 1905 Carl Woeber berhijrah dari Jerman ke Springfield Ohio berbekalkan beberapa resipi mustard, kepakaran dalam seni membuat mustard dan kesungguhan untuk berjaya. Beliau memulakan perniagaannya dari dapur rumah dan menjual mustard dari pintu ke pintu. Kini, Woeber telah meluaskan kilang, pengeluaran dan pengedaran untuk menjadikan Woeber salah satu pembekal terbesar mustard (sos biji sawi) dan lobak pedas di Amerika Syarikat. Woeber mengilang lebih daripada 100 jenis mustard, lobak pedas, cuka dan mustard organik. Produk dibungkus dalam plastik dan boleh dicetak dengan label persendirian untuk eksport.
East-West International Group, Inc.
4920 SOM Center Road Moreland Hills, OH 44022-2328 USA
Tel/Fax: (440) 349-2064
Contact Person
Jiunn-Der Wu
Mobile Phone: +1-216-5715105
WhatsApp, Line, WeChat: +12165715105
China Mobile: +86-13818733680
Email: eastwestdevelop@aol.com
Copyright © 2024 East-West International Group, Inc.
All Rights Reserved.
Made by USA
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.